14 / 3 .. The Story Begin ... (chapter3)

          Walaupun pandangannya masih kabur namun telinga D.O dapat menangkap bunyi pintu pagar bergoyang kuat. Dia cuba mengalihkan kepalanya perlahan-lahan kearah pintu biliknya, berharap Mi Rae akan muncul. Tetapi tiada tanda-tanda yang menunjukkan Mi Rae akan muncul. Tetapi bunyi orang terbatuk-batuk dengan teruk di luar rumah memaksanya untuk terus melihat kerah pintu biliknya. Tiada juga. Kejap, bukankah suara batuk itu suara lelaki?

          " Oppa .. " Sayup-sayup kedengaran suara Mi Rae memangil namanya.

          Mi Rae melulu masuk ke dalam bilik abangnya. Dia terkejut melihat abangnya yang sedang terbaring di atas katil dengan wajah pucatnya. Matanya hampir tidak terbuka. Mi Rae kemudiannya cepat-cepat pergi ke dapur, menuang segelas air ke dalam cawan dan apabila dia kembali ke dalam bilik abangnya, laci di tepi katil dia buka.

          " Oppa, oppa tak apa-apa kan? Maaflah Mi Rae lambat. Sini, makan ubat ni. " Mi Rae memanjat nak keatas katil dengan pakaiannya yang masih basah itu. Kepala D.O diangkat perlahan keatas ribanya. Tanpa menolak D.O menelan ubat itu.

          Mi Rae sudah berasa lega sedikit. Dia mengusap kepala D.O yang mahu melelapkan mata itu.

          " Pergilah tukar baju. Nanti kamu demam. " Dalam nada suara yang perlahan dan lemah, D.O memesan kepada Mi Rae. Melihat keadaan abangnya yang terlalu lemah itu, dia baringkan semula kepala D.O keatas bantal empuk dan menyelimutkannya, kemudian dia menuju ke biliknya.

          Selepas selesai Mi Rae membasahkan kepala dan menukar baju dia terus duduk di meja belajarnya lalu mengeluarkan sejumlah wang dari dalam bag. Wang itu kemudiannya di masukkan ke dalam tabung. Dia bersin.  Ah, sahlah dia dapat selsema esok.

          Semasa dia hendak menutup lampu tidurnya dia terdengar bunyi orang mengerang kesakitan berdekatan. Dia bingkas bangun. Oppa? Mi Rae terus melangkah ke bilik D.O namun apabila melihat keadaan D.O yang elok sahaja tertidur dia mengheret semula kakinya masuk ke bilik. Mungkin perasaan je kut.









          " Kai! Kai-ah, bangunlah! " Krystal menjerit dari luar pagar rumah Kai. Suho cuba menghubungi nombor Kai namun tidak berjawab.

          " Dia tak masuk kelas kut hari ni. " Sulli membuat andaian.
          " Tapi kalau ya pun, tak boleh ke dia keluar bagitahu? Angkat call ke ... " Suho menekan semula butang dail pada nombor Kai, masih tidak berjawab.

          " And .. and, betul ke dia ada dekat rumah sebenarnya? " Amber membuatkan semua memandangnya serentak. Mungkin juga Kai tiada di rumah. Tapi agak pelik juga kalau dia tidak memberitahu kawannya yang lain kemana dia pergi. Tao tiba-tiba membuka pagar rumah itu membuatkan semua terdiam sebentar.

          " Pintu rumah dia terbukalah. " Tao hampir menjerit dengan suara yang sengaja dikuatkan itu untuk memastikan kawan-kawan yang berada di dalam kereta mendengar. Suho dan Krystal cepat-cepat meluru masuk ke garaj.

          Tao menolak perlahan pintu rumah Kai. Kipas, lampu semuanya terpasang. Tapi mana Kai?

          " Apa ni? " Sulli melihat kesan cecair yang dipijaknya ketika melangkah masuk kedalam.
          " Arhh .. korang! D-d-darah? "Sulli terkejut apabila mendapati cecair itu adalah darah, begitu juga yang lain. Terus Tao dan Suho naik ke tingkat atas untuk mencari Kai, manakala Krystal masuk ke dalam ruang rehat dan menuju ke arah sofa. Telefon bimbit Kai ditatapnya, anak matanya perlahan-lahan memandang kearah kanan apabila ekor matanya dapat mengenal pasti sesuatu di bahagian kanannya.

          " Arghhh !!! " Dia menjerit dan terundur beberapa langkah kebelakang. Kakinya lemah melihat cecair merah di atas lantai itu. Sulli yang baru datang mendapatkannya juga turut terkejut. Mereka berpelukan ketakutan. Tak mungkin.

          " KAI, KAU JANGAN MAIN-MAIN! TAK LAWAKLAH! " Suho yang baru menjejakkan kaki ke ruang itu tiba-tiba menjerit kuat sambil memandang sekeliling. Barangkali dia juga terkejut. Mendengar jeritan dari Suho itu, Lay dan Chanyeol terus masuk ke dalam rumah itu dari terus menunggu di luar. Mereka juga terkejut dengan apa yang mereka lihat. Tak mungkin Kai .. dibunuh?


          Rumah itu menjadi kawasan larangan untuk orang luar. Pihak polis dan beberapa orang dari pihak tertentu memenuhi kawasan itu. Krystal dan yang lain-lain duduk sahaja di atas kereta mereka. Mereka semua termenung jauh, melemparkan pandangan kosong. Betul ke kawan mereka tu dibunuh? Beberapa orang dari pihak media juga turut membuatkan kawasan itu lebih bingit. Ada jiran-jiran yang dipanggil, mungkin mereka boleh menjadi saksi. Tetapi memang tiada siapa pun tahu tentang Kai. Apa yang sudah terjadi padanya? Yang pihak polis dapat dari keterangan saksi hanyalah terdapat sebuah van hitam di hadapan rumahnya 10 minit sebelum kejadian itu berlaku.

          Krystal menahan seorang polis bertugas yang lalu di hadapan mereka.

          " Macam mana Encik? Dapat tahu puncanya? Dah tahu ke siapa pelakunya? " Yang lain turut menantikan jawapan daripada Encik Jang.

          " Kami minta maaf tapi pihak kami tidak menemui sebarang bukti untuk dikatakan dia ditikam, dan kami juga tiada saksi serta maklumat yang dapat membantu kami untuk mencari si pelaku. Tetapi pihak kami menspekulasikan yang kes ini adalah kes pembunuhan. " Encik Jang menjelaskan.
 
          Krystal terkejut. Pembunuhan? Memang kawan mereka tu sudah mati? Memang kawan baik dia itu sudah mati? 

          " Kes pembunuhan? " Suho juga terkejut. 

          " Ya, mungkin. Situasinya berkemungkinan semasa mereka menikam Kai, mungkin dia dibawa pergi bersama mereka, tapi kami tidak dapat mengesahkan bahawa dia masih hidup atau tidak. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes ini dan mencari si pelaku. Jangan risau." 

          " Ah okay, terima kasih. " Sulli menunduk hormat begitu juga yang lain. Di saat itu Krystal sudah mula sebak. Suho menepuk bahu Krystal untuk melegakannya tetapi apabila sebak itu juga datang menyerangnya, dia juga tidak mampu menahan kelopak matanya menjadi kolam. 







          " Eh? awalnya oppa bangun. " Mi Rae menerpa kearah dapur. D.O sedang masak sup panas untuknya. Dia tahu Mi Rae akan demam. Jadi, dia nekad untuk menyembuhkan adiknya. Tak nak sakit-sakit macam dia. 

          " Biasalah. " D.O menjawab bangga sebelum menghirup sedikit kuah sup itu. Sedap! Hmm, sudah lama dia tak masak. Dulu semua berebut-rebut mahu merasa masakannya, semuanya berebut-rebut hendak membeli buku resepi keluarannya tapi kini Mi Rae seorang sahajalah peminat yang bertuah itu. Yang msih dapat merasa masakannya. 

          " Oppa dah okay? " Tanya Mi Rae sambil menuang segelas susu coklat dan duduk di sebuh kerusi meja makan.

          "Heol. Macam tak kenal oppa je. Nak sihat kenalah makan ubat kan? Ni, nanti lepas makan jangan lupa makan ubat demam. Oppa dah telefon pengurus kafe, dia kata hari ni kamu tak payah datang. Nah, makan. " D.O duduk menyertai adiknya di meja makan.

         " Hee .. Gomawo oppa. "

 Ketika Mi Rae hendak mencedok sup ke dalam mangkuk dia terkejut apabila D.O memegang tangannya. Err .. okay, luka semalam. Mi Rae menggigit bibir.

          " Kenapa dengan tangan ni? Macam kena kelar je. Hah? Bila dapat ni? " D.O bertanya.
          " Err ... alah sikit je pun. Tak apalah, tak payah nak kisah sangat. " Mi Rae menarik tanganny semula.

          " Sikit je? Nak suruh oppa ambil permbaris, lepastu ukurberapa panjang kesan kelar tu? Bila kena ni? Siapa buat? " Tanya D.O mengambil berat. Mi Rae mengeluh perlahan.

         " Okay semalam ada lelaki mana entah nak rompak seorang mak cik ni, Mi Rae selamatkan mak cik tu. Alah, sekarang kita makanlah dulu .. tengok, kan dah tak handsome. Makan, eh? " Mi Rae sempat lagi membuat aegyo. D.O memandang ke dalam mata Mi Rae.

          " Hm, makanlah. " D.O mengalah.

          Belum sempat sesuap sudu masuk ke dalam mulut dua beradik itu, bunyi orang terbatuk dan mengerang kesakitan kedengaran betul-betul di luar rumah mereka. Mereka berpandangan. Masing-masing teringat akan bunyi yang sama yang didengar semalam. D.O menghantar isyarat mata kepada Mi Rae untuk sama-sama melihat siapakah tuan empunya suara itu?

          Mereka dua beradik senyap-senyap keluar dari rumah dan menuju kearah sebelah kanan rumah, di mana terdapat bilik Mi Rae yang berdekatan dengan dapur di situ.

          Namun tiada siapa yang mereka temui. D.O melihat sekeliling kawasan itu manakala Mi Rae pula melangkah kearah sebuah kotak yang sudah tiada bentuk kotak. Dia tidak teragak-agak untuk menarik kotak itu.

          " Oppa !!!! " Terjerit Mi Rae. D.O datang mengahampiri Mi Rae.
          " S-siapa ni? " D.O juga terkejut apabila matanya menangkap kelibat seorang lelaki berT-shirt biru gelap yang terbaring lemah, pucat, berdarah di bahagian muka dan juga perut.

          Lelaki itu mengehela nafas lemah. Matanya perlahan-lahan cuba dibuka namun tak berdaya.

bersambung ...